TONSILITIS

TONSILITIS

PENGENALAN

Tonsil adalah sejenis tisu limfoid yang menjadi sebahagian daripada sistem pertahanan dalam badan manusia. Tisu ini terdiri daripada sejenis sel yang di panggil sebagai limfosit yang bertindak untuk melawan penyakit. Terdapat tiga jenis tonsil yang ada di dalam rongga mulut iaitu tonsil adenoid yang terletak di belakang hidung, tonsil lingual yang terletak di belakang lidah dan tonsil palatine yang terletak pada sisi orofarink diantara palatoglossal dengan lengkungan palatopharingeal dan ianya merupakan tonsil yang paling kerap mengalami keradangan.
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

PERNYATAAN MASALAH

Masalah sakit tekak merupakan aduan yang sering diajukan oleh pesakit yang datang mendapatkan rawatan terutama sekali di klinik kesihatan. Pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan sakit tekak kebiasaannya mengadu kesukaran untuk menelan, sakit semasa menelan, demam, batuk, tekak terasa membengkak dan sebagainya melebihi dua hari. Disebabkan oleh sakit tekak, aktiviti harian menjadi terganggu disebabkan rasa keletihan yang merupakan salah satu gejala tonsillitis.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Mereka terpaksa membawa anak ke klinik berulang kali kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

PENCARIAN LITERATUR

Menurut Del Mar CB, Glasziou PP, Spinks AB (2006 Oct), tonsillitis adalah radang tonsil yang paling kerap terjadi disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Gejala tonsilitis termasuklah sakit tekak dan demam. Radang tonsil yang disebabkan oleh bakteria dari kumpulan streptokokus A biasanya ia dipanggil “strep troat”. Majoriti pesakit sembuh sepenuhnya samada menggunakan ubat atau tanpa ubat. Kira-kira 40%, gejala sembuh dalam masa tiga hari dan kira-kira 85% sembuh dalam masa seminggu samada ianya jangkitan streptokokal ataupun tidak.
Menurut MedlinePlus Encyclopedia Tonsillitis, didalam keadaan yang normal, virus dan bakteria memasuki badan melalui hidung dan mulut, mereka akan ditapis di dalam tonsil. Di dalam tonsil, sel-sel darah putih sistem imunisasi badan akan memusnahkan virus atau bakteria dengan menghasilkan cytokines seperti phospholipase A2, yang juga menyebabkan demam. Jangkitan juga mungkin hadir di tekak dan kawasan sekitarnya, menyebabkan radang pharynx.

Menurut Thuma P. (2001), punca paling utama yang menyebabkan tonsillitis ialah infeksi viral termasuk adenovirus, rhinoirus, influenza, dan coronavirus. Ia juga boleh disebabkan oleh virus Epstein-Barr, herpes simplex virus, cytomegalovirus, atau HIV. Punca kedua yang paling biasa adalah jangkitan bakteria yang dominan iaitu Kumpulan A ß-hemolitikstreptokokus (GABHS), yang menyebabkan “strep throat”.

Menurut Scottish Intercollegiate Guidelines Network. (January 1999), nanah boleh terjadi pada sisi tonsil semasa jangkitan, biasanya beberapa hari selepas bermulanya tonsillitis. Ini diistilahkan sebagai nanah peritonsillar (atau quinsy). Jarang sekali, jangkitan boleh merebak melepasi tonsil mengakibatkan keradangan dan jangkitan pada vena internal jugular dan menyebabkan jangkitan septisemia.(sindrom Lemierre).

PENEMUAN
Seorang pesakit lelaki berumur 20 tahun berbangsa melayu telah datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan dengan aduan demam, selsema, batuk, sakit tekak dan sakit semasa menelan selama 3 hari. Setelah pemeriksaan dilakukan, beliau didapati dijangkiti penyakit tonsilitis.

Butir-butir mengenai pesakit:
No. Pendaftaran : 01-7563
Tarikh lahir : 1 januari 1992
Jantina : Lelaki
Umur : 20 tahun
Bangsa : Melayu

Pemeriksaan fizikal:
Tekanan darah : 130/73 mmHg
Suhu : 38 C
Kadar nadi : 76 /min
Inspeksi : Tekak kelihatan kemerahan dan bengkak
Palpasi : Tender pada lymph node di leher

PERBINCANGAN

1. Penyebab
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

2. Tanda dan Gejala
* Demam selsema
– Hingus meleleh
– Gatal dan sakit tekak
– Batuk
– Rasa sesak
– Sakit badan atau sakit kepala yang ringan
– Kerap bersin
– Mata berair
– Demam dengan suhu yang tidak terlalu tinggi
– Kepenatan

* Sakit tekak
– Sakit tekak secara tiba-tiba
– Rasa sakit semasa menelan makanan
– Tanda kemerahan dan cairan pada rongga mulut
– Bintik pada lelangit (petechiae)
– Bengkak kemerahan pada uvula
– Bengkak dan keras pada anterior nodus servikal dan ruam.

3. Komplikasi

* Komplikasi bernanah
– Nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah pada retropharyngeal (RPA)

* Komplikasi tanpa nanah
– Demam
– Sakit sengal tulang akut
– Masalah ginjal
– Arthritis yang reaktif
– Demam rheumatik akut
– Penyempitan salur pernafasan disebabkan tonsil yang bengkak

RAWATAN

* Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air secukupnya) dan berkumur dengan air suam.
* Pengambilan paracetamol untuk meredakan demam.
* Agen anti inflamatori bukan stteroid (NSAIDS) seperti ibuprofen juga boleh digunakan untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
* Lozenges untuk tekak dan ubat kumur untuk membantu meredakan sakit tekak.
* Terapi antibiotik mengikut kesesuaian dan jenis bakteria atau virus.
* Rawatan pembedahan bagi:-
– Episod radang tekak yang berulang di kalangan kanak-kanak dengan gejala halangan seperti berdengkur mungkin memerlukan tonsillectomy selepas mendapat rundingan pakar ENT.
– Dalam kes nanah pada peritonsilar atau quinsy, tonsil akan gagal menunjukkan tindakbalas kepada antibiotik yang sesuai bersama-sama dengan ‘insicion dan drainage’.

RUMUSAN
Tonsilitis merupakan penyakit yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, masyakat seharusnya mengambil tahu serba sedikit tentang penyakit ini supaya datang mendapatkan rawatan segera sekiranya telah mendapat tanda-tanda tonsilitis untuk mengelak komplikasi yang teruk seperti bernanah. Walaupun penyakit ini tidak merbahayakan nyawa dan boleh sembuh sepenuhnya dengan rawatan yang betul, namun kita tidak boleh memandang remeh dengan penyakit ini. Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya perlu. Makan ubat mengikut arahan doktor dan makan antibiotik sehingga habis sekiranya diberi.